ULANGTAHUN PERKAHWINAN....

Tuesday, August 11, 2009

PERMATA HATI KAMI ....

PUTERI SULUNG KAMI....

BUSHRA I'ZZA

Kegembiraan dan kasyukuran kami panjatkan pd Allah s.w.t telah menganugerahkan cahayamata pertama kami setelah setahun diijabkabulkan SHAHMIR & ROHANA tanggal 17.Ogos.2002
BUSHRA I'ZZA dilahirkan pd 9.Ogos.2003 di Hospital Kulim,Kedah.(Kg Abah)tepat jam 1.35ptg seberat 2.9kg.Comel dan montel.Putih serlah kata org Kedah.Sentiasa ditemani suami disisi di saat kelahirannnya...
Nama Bushra I'zza di berikan oleh Sahabat Baik suami,Allahyarham YB Ust.Roslan Shahrum.Waktu ni kami tak ada cdangan pun untuk namakan baby kami ni pastu Allahyarham cadangkan nama ni..sbb katanya pada suami "kan Ustaz suka sangat ngan pimpinan Allahyarham YB Ust.Fadhil Noor dan Dato' Seri Anuar Ibrahim.Nama anak kedua-dua pimpinan ni kan ada Izzah.MUNA IZZAH & NURUL IZZAH"Lagipun nikan anak sulung.Jd dr situlah dpt nama BUSHRA I'ZZA yang bermaksud Berita gembira yang dimuliakan.Bercita-cita nak jadi DOKTOR MUSLIMAH.Seorang yang sangat rajin dan bijak.
AHMAD BASHIER I'ZZAT

TANGGAL 02.FEBRUARI.2005 lahirlah cahayamata kami yang ke-2.Allhamdulillah cahayamata kami yang kedua ini seorang putera yang comel lagi hensem...Putera kami diberi nama AHMAD BASHIER I'ZZAT (Berita gembira yang dimuliakan)
Dilahirkan di
Hospital Kuala Nerang,Kedah (Kg.Ummi) tepat jam 4.44pg seberat 3kg.Suami saya tak sempat bersama saat kelahiran Bashier sbb waktu Bashier telah dapat melihat dunia suami saya masih dlm perjalanan dr Ipoh (tempat tinggal kami waktu tu)Kami balik kg lebih awal sbb baby dalam kandungan dah overdeu 11hari.
BASHIER bercita-cita nak jadi AL-HAFIZ & PE
NSYARAH macam Abah..dia seorang rajin dan.....kuat mengusik.

YUSRA I'ZZA

Dilahirkan d HOSP
ITAL LATI,PASIR MAS KELATE.Tanggal 03.APRIL.2007 tepat jam 9.25pagi seberat 2.6kg.
Diberi nama YUSRA I'ZZA yang bermaksud KESENANGAN ,KEMUDAHAN YANG DI MULIAKAN.Nama Yusra ni ada kaitan saat-saat kelahiran dia...
Tarikh jagkaan bersalin 19.April.2007 tapi lahirnya awal 16hari.Sebenarnya pagi 03.April tu cuma sakit perut biasa ja..lagipun kami baru sampai dr kg malam tu lbh kurang pukul 10mlm.ingatkan sebab makan banyak waktu di kg.Kononnya g Hospital nak chek-up ja.Tak terlintas langsung nak bersalin sebab tarikh jangkaan bersalin lambat lagi.Kami smpai d Hospital pukul 9pg doktor suruh terus masuk labour room.Tepat 9.25pg baby dah selamat dilahirkan..25minit ja.Suami yang dok tunggu kat luar wad pun terkejut doktor bgtau dah selamat bersalin dan family dikg pun terkejut sbb semalam di kg takdak apa-apa tanda dan rileks ja.
Alhamdulillah urusan disaat-saat bersalin pun mudah sangat sebab K.Nab (jiran kami waktu tu)salah sorang kakitangan Hospital jadi, K.Nab banyak membantu.Terima Kasih K.Nab & Abe Nik seFamily.Jasa kalian tak akan kami lupa.
Yusra Izza waktu en3 ni ditulis dah berumur 2tahun.Sangat petah bercakap dan mudah faham kalu d beri arahan.Tapi..garang sikit la...jangan cuba-cuba usik dia...
BABY KEEMPAT.

NABILA IZZA yang bermaksud kebijaksanaan yang dimuliakan.Anak kelahiran bumi Kelantan(Serambi Mekah) yang ke-2.Dilahirkan diHospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu tanggal 26.Mac.2009.seberat 2.9 tepat jam 2.15ptg.Saat kelahiran Nabila suami tak sempat bersama walaupun dah bersedia tunggu kat luar wad sebab waktu nak lahirkan Nabila berlaku pendarahan yang banyak dan doktor tengah prepare untuk operation.Alhamdulillah dengan izin Allah dlm masa 15minit saya dapat bersalin normal.Nabila baby yang comel dan montel.

SEMOGA PERMATA HATI UMMI DAN ABAH AKAN MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH DAN KELUARGA BAHAGIA KITA AKAN SENTIASA DBERKATI ALLAH...AMIN

No comments:

Post a Comment