ULANGTAHUN PERKAHWINAN....

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH KAK YONG BUSHRA I'ZZA...

Alhamdulillah dah berakhir seisi pengajian 2008/09..SELAMAT BERCUTI untuk semua..
Anak2 ummi&abah, k.yong n a.ngah pun bercuti juga..tp petang kena g ngaji QURAN d rmh Ustazah Rahimah Bandar Baru P.Mas.Semoga anak2 ummi & abah akan menjadi anak2 celik Al-Quran dan boleh menjadi HUFFAZ suatu hari nanti..Insyaallah...

Dlm 2 peperiksaan penggal pertama dan kedua K.Yong berjaya mendapat tempat PERTAMA.TAHNIAH K.YONG.A.Ngah belum ada periksa lg sebab baru 4thn..
Kelmarin 19.NOV hari GRADUASI PASTI K.Yong..K.Yong telah d anugerahkan hadiah&sijil penghargaan PELAJAR CEMERLANG dan K.Yong juga telah dianugerahkan hadiah khas sempena kejayaannya mendapat tempat PERTAMA dlm PERTANDINGAN MEMBACA (BAHASA MELAYU) peringkat Negeri serta sijil penghargaan..

Semoga K.Yong akan terus berjaya menjadi anak yang cemerlang dan anak yang soleh penyejuk hati ummi n abah begitu juga adik2 k.yong.Dgn kejayaan k.yong akan menjadi pendorong kejayaan adik2.
Semoga Allah permudahkan semua urusan kita dan keluarga kita sentiasa dilimpahi nikmat kasih sayangNYA..AMINNNN

Semangat A.Ngah pun berkobar2 nak belajar sungguh2 dan nak berjaya macam K.Yong.Seronok tengok K.Yong dah dapat macam2 hadiah dan penghargaan.

Terima Kasih kpd semua guru2 PASTI khasnya guru2 Pasti At-Taqwa Repek,Pasti Ar-Rahmaniah,Lati dan Pasti Kg.Lobak,Mahang,Kedah(tumpng ngaji time balik kg)
Segala jasa guru2 sentiasa dkenang.Semoga Allah permudahkan smua urusan kalian.

Wednesday, October 14, 2009

CANCEL KE BUKIT MERAH LAKE TOWN...

Kita hanya merancang ALLAH yang menentukan segalanya....

Pertandingan membaca (Kak Yong) PASTI,peringkat Kawasan sepatutnya diadakan hari Sabtu 17.10.2009 tapi ditunda hari ni(Khamis).Semua peserta seramai 16org..K.Yong peserta yang ke-12

ALHAMDULILLAH & TAHNIAH K.YONG MENDAPAT TEMPAT PERTAMA dan TERPILIH UNTUK MEWAKILI PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI


Pertandingan tu di adakan di KOK LANAS pd 24.10.2009.Tarikh tu sepatutnya kami ke Bukit Merah.Jd kena cancel le untuk kesana.Konvoi Cik Mahadi n Cik Mazli sefamily ke Mahang pun terpaksa di cancel...nanti kita plan lain yerrr sebelum Abi Fatih pindah ke Kuantan..Insyaallah..kena sampai juga ke Kedah ya...

Sunday, October 11, 2009

X T V T OKTOBER

Jemputan rumah terbuka Aidilfitri...

17.Oktober - Kak Yong -Pertandingan membaca (PASTI) kawasan Rantau Panjang
(BETHEBEST-Kak Yong)
19-22.Oktober - Kak Yong -Peperiksaan akhir tahun
مع النجاح....
23.Oktober - Konvoi ke Mahang bersama Family Mahadi&Gee dan Family En.Mazli
24.Oktober - Ke Bukit Merah Lake Town-Meeting~My hubby
25.Oktober -Bertolak balik ke KKTM P.Mas.
30-31.Oktober -Sambutan Hari PASTI MALAYSIA di Kota Bharu- AHLANWASAHLAN utk semua

SEMOGA SEMUANYA DI PERMUDAHKAN ALLAH S.W.T


Lamanya tak Update..

Salam untuk semua...
Semoga kita semua sentiasa di rahmati dan diberkati Allah s.w.t

Thursday, September 10, 2009

CONTOH TERBAIK BUAT ADIK-ADIK...

Tahniah Kak Yong tak tinggai posa lagii.umur baru 6tahun...Ummi n Abah seronok Kak Yong boleh buka posa,sahur sama2 ngan UMMInABAH.Insyaallah nanti adik-adik akan ikut Kak Yong.Setakat ni Abg Ngah janji nak bangun sahur n nak posa tapiiiiii....tak pun.Takpala AbgNgah baru 4tahun.blajar sikit2 dulu.Kak Yong dulu pun masa 5tahun belajar n dapat sehari puasa.Okla tuuu.
UMMInABAH kagum ngan Kak Yong tak banyak ragam...bangun sahur pun mudah.kekadang ja ada manja2 sikit nak suruh angkat g dapur..lambat juga nak suap nasi maklumla baru bangun..tapi bila dah stat makan n mulut pun mula la mcm2 cerita,ada-ada saja..
Kekadang lepas sahur K.Yong akan ikut abah g surau n baca Quran.JUZUK 1..pahtu rehat2 sat n bersiap g PASTI..d pasti K.Yong,ada 2-3org ja yang posa.ada yg posa sampai tghari ja.Memang CABARAN HEBAT kat K.Yong sbb kwn2 yang tak posa lps sekolah ja beli aiskrim,coklat,keropok..(makanan ringan kegemaran knk2).Tp Alhamdilillah K.Yong tak dak la buat perangai nak juga.sebab sblm ni pun UMMInABAH memang tak galakan makan "cikedis"tu.ada la sekali ja K.Yong minta nak beli untk buka posa.beli 3 bungkus potato chip.untuk A.Ngah n Adk Yusra skali.
UMMInABAH kagum lg dgn K.Yong ni,kadang2 tak bgn sahur pun.tp posa tetap posa.dah la balik sekolah tu A.Ngah makan nasi la,air milo la..Kak Yong tgk ja..tpi bunyi jg "Ummi nak juga...ummi pujuk2..ala K.Yong..K.Yong kan anak solehah,kuat,hebat,ptg dah ni,sat lagi ja dah nak berbuka..mcm2 yng Ummi pujuk lastly ok ja.sekarang ni klu A.Ngah n adik mkn dpn K.Yong,K.Yong dah tak kisah.Saat yang K.Yong tunggu-tunggu time 5.30-6ptg sbb abah akan bw K.Yong g pasar Ramadhan.K.Yong selalu beli air jagung kegemarannya n murtabak.Tp murtabak klate ni rasa dia ok tp MANISSSSSS.Klate,klate...murtabak punnnn manis!!!!!
Semalam Cikgu Nah hadiahkan K.Yong JUS MANGGA ZHULIAN sbb K.Yong tak tinggai posa...TERIMA KASIH CIKGU NAH.berselera buka posa hari ni dgn jus mangga.ahhh...sedapnya hilang dahaga.ALHAMDULILLAH.
Kak Yong! lg 3 hari ja kita nak posa..Esok kita balik kg..kita konvoi ramai2 ngan kawan2 abah(org Utara) P.Cik Azhari,P.Cik Khairul,P.Cik Jefri,P.Cik Ashmal dan.....semoga kita semua sampai d destinasi kita dgn SELAMAT...Thn ni kita raya d rumah tok NAKA..
Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan kpd kita sekeluarga.dan semoga ALLah sentiasa Merahmati dan mengampuni dosa-dosa kita.Insyaallah kita dipanjangkan usia untuk menikmati Ramadhan thn 2010.
TAHNIAH KAK YONG...SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAN.

Tuesday, August 25, 2009

HIKMAT 7 AYAT

Menurut tafsir Nasafi, barang siapa hafal dan mengamalkan tujuh kalimat , ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.

1- Mengucap Bismillahirrahmanirrahim pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu

2- Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3- Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4- Mengucap Insya Allah jika merencanakan membuat sesuatu di hari esok

5- Mengucap La haula wala kuwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini

6- Mengucap inna lillahi wa inna ilahi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah

7- Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Mudah-mudahan ingat dan amalkan. Walaupun sikit-sikit lama-kelamaan menjadi kebiasaan. Semoga menjadi amalan seharian.

Monday, August 24, 2009

ANAK ANUGERAH BERHARGA.....

Tahniah kepada sahabat2 dan sedara mara yang telah melahirkan dan bakal melahirkan 'BABY' 2009.
Anak-anak kalian sebaya anak kami NABILA IZZA BT.SHAHMIR (26.MAC.2009)

  1. Umilah(Tupai,Sik)/Ust.Yusuf ~ AFNAN-anak ke-2 (16.2.2009)
  2. Ct.Hajar Ghazali(maaf xingat nama abe muha)~AFIF HAZIQ-anak ke2 (14.4.2009)
  3. Nurul Hilyati ~ kalau xsalah anaknya lahir bln5
  4. Anisah/Masyudee ~ FAHIM MUHAIMIN- anak ke4
  5. Amir Saifuddin/Fiza ~ anak pertama
  6. Hamdi/Jijah ~ NURUL IZZAH NAJIHAH -anak pertama
  7. Fikri/Fiza ~NURUL AIN FARHANA-anak pertama (1.4.2009)
  8. Hakim/K.Chik Hafsah ~ anak pertama
  9. Abidah Ayob-anak pertama
  10. Ashmal Wajdi/Ija ~ ABID anak ke2
  11. Mahadi/Gee(Fauziana) ~ FATIHAH MAWADDAH-anak ke2 (22.5.2009)
  12. Iswandi/Uji ~ ALIA INSYIRAH - (8.7.2009)
  13. Azhari/Mokhtarah ~ AINUL MARDHIAH -anak ke2 (26.7.2009)
COMING SOON.......(semoga selamat bersalin dgn selamat....)
  1. Abg.Ismar/Kak Ah ~ my ipar (anak ke-3)
  2. Kak Shal/Abg.Yaakob ~ my ipar (anak ke5)
  3. Fuzah/Hafiz - anak ke3 (deu 1.10.2009)
  4. Faizah/Hasan - anak ke3
  5. Kin/Din - anak ke3
  6. Jefri/K.Hasni -anak ke3
  7. Ghazali/Faridah-anak ke2
  8. Pn.Azlina
  9. K.Sha




Monday, August 17, 2009

JADI YANG TERBAIK

ASSALAMUALAIKUM
SAYANG...SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN
(17.OGOS.2009)
Masa terus berlalu..jam,hari,minggu,bulan dan tahun terus berlalu...ALHAMDULILLAH kini genap 7tahun usia perkahwinan kita.Semoga hari2 yg mendatang akan lebih membahagiakan kita.
Semoga ALLAH sentiasa memberkati keluarga kita dan PERMATA-PERMATA HATI kita akan membesar dalam suasana soleh/solehah.Insyaallah kita juga akan menjadi ABAH & UMMI YANG TERBAIK..


Saturday, August 15, 2009

TAHNIAH BUAT SUAMI....



SALAM PENUH KESYUKURAN....

Alhamdulillah harini tanggal 16.08.09 suami saya terpilih menerima ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG(APC),MARA 2008 yang diadakan di SUTERA INN,KOTA BHARU,KELANTAN.
Semoga tugas-tugas Abg bertambah baik dan kejayaan Abg menjadi INSPIRASI buat anak-anak dimasa akan datang.Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua dan semoga Abg akan terus buat yang terbaik dan jadi yang terbaik.....

"YA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI DAN JAUHKAN KAMI DARI FITNAH DUNIA.AMIN YA RABBAL A'LAMIN...."

Tuesday, August 11, 2009

PERMATA HATI KAMI ....

PUTERI SULUNG KAMI....

BUSHRA I'ZZA

Kegembiraan dan kasyukuran kami panjatkan pd Allah s.w.t telah menganugerahkan cahayamata pertama kami setelah setahun diijabkabulkan SHAHMIR & ROHANA tanggal 17.Ogos.2002
BUSHRA I'ZZA dilahirkan pd 9.Ogos.2003 di Hospital Kulim,Kedah.(Kg Abah)tepat jam 1.35ptg seberat 2.9kg.Comel dan montel.Putih serlah kata org Kedah.Sentiasa ditemani suami disisi di saat kelahirannnya...
Nama Bushra I'zza di berikan oleh Sahabat Baik suami,Allahyarham YB Ust.Roslan Shahrum.Waktu ni kami tak ada cdangan pun untuk namakan baby kami ni pastu Allahyarham cadangkan nama ni..sbb katanya pada suami "kan Ustaz suka sangat ngan pimpinan Allahyarham YB Ust.Fadhil Noor dan Dato' Seri Anuar Ibrahim.Nama anak kedua-dua pimpinan ni kan ada Izzah.MUNA IZZAH & NURUL IZZAH"Lagipun nikan anak sulung.Jd dr situlah dpt nama BUSHRA I'ZZA yang bermaksud Berita gembira yang dimuliakan.Bercita-cita nak jadi DOKTOR MUSLIMAH.Seorang yang sangat rajin dan bijak.
AHMAD BASHIER I'ZZAT

TANGGAL 02.FEBRUARI.2005 lahirlah cahayamata kami yang ke-2.Allhamdulillah cahayamata kami yang kedua ini seorang putera yang comel lagi hensem...Putera kami diberi nama AHMAD BASHIER I'ZZAT (Berita gembira yang dimuliakan)
Dilahirkan di
Hospital Kuala Nerang,Kedah (Kg.Ummi) tepat jam 4.44pg seberat 3kg.Suami saya tak sempat bersama saat kelahiran Bashier sbb waktu Bashier telah dapat melihat dunia suami saya masih dlm perjalanan dr Ipoh (tempat tinggal kami waktu tu)Kami balik kg lebih awal sbb baby dalam kandungan dah overdeu 11hari.
BASHIER bercita-cita nak jadi AL-HAFIZ & PE
NSYARAH macam Abah..dia seorang rajin dan.....kuat mengusik.

YUSRA I'ZZA

Dilahirkan d HOSP
ITAL LATI,PASIR MAS KELATE.Tanggal 03.APRIL.2007 tepat jam 9.25pagi seberat 2.6kg.
Diberi nama YUSRA I'ZZA yang bermaksud KESENANGAN ,KEMUDAHAN YANG DI MULIAKAN.Nama Yusra ni ada kaitan saat-saat kelahiran dia...
Tarikh jagkaan bersalin 19.April.2007 tapi lahirnya awal 16hari.Sebenarnya pagi 03.April tu cuma sakit perut biasa ja..lagipun kami baru sampai dr kg malam tu lbh kurang pukul 10mlm.ingatkan sebab makan banyak waktu di kg.Kononnya g Hospital nak chek-up ja.Tak terlintas langsung nak bersalin sebab tarikh jangkaan bersalin lambat lagi.Kami smpai d Hospital pukul 9pg doktor suruh terus masuk labour room.Tepat 9.25pg baby dah selamat dilahirkan..25minit ja.Suami yang dok tunggu kat luar wad pun terkejut doktor bgtau dah selamat bersalin dan family dikg pun terkejut sbb semalam di kg takdak apa-apa tanda dan rileks ja.
Alhamdulillah urusan disaat-saat bersalin pun mudah sangat sebab K.Nab (jiran kami waktu tu)salah sorang kakitangan Hospital jadi, K.Nab banyak membantu.Terima Kasih K.Nab & Abe Nik seFamily.Jasa kalian tak akan kami lupa.
Yusra Izza waktu en3 ni ditulis dah berumur 2tahun.Sangat petah bercakap dan mudah faham kalu d beri arahan.Tapi..garang sikit la...jangan cuba-cuba usik dia...
BABY KEEMPAT.

NABILA IZZA yang bermaksud kebijaksanaan yang dimuliakan.Anak kelahiran bumi Kelantan(Serambi Mekah) yang ke-2.Dilahirkan diHospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu tanggal 26.Mac.2009.seberat 2.9 tepat jam 2.15ptg.Saat kelahiran Nabila suami tak sempat bersama walaupun dah bersedia tunggu kat luar wad sebab waktu nak lahirkan Nabila berlaku pendarahan yang banyak dan doktor tengah prepare untuk operation.Alhamdulillah dengan izin Allah dlm masa 15minit saya dapat bersalin normal.Nabila baby yang comel dan montel.

SEMOGA PERMATA HATI UMMI DAN ABAH AKAN MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH DAN KELUARGA BAHAGIA KITA AKAN SENTIASA DBERKATI ALLAH...AMIN

HAPPY BIRTHDAY KAK YONG.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Tanggal 09.08.09 genap 6tahun PUTERI SULUNG UMMI & ABAH.
Semoga Kak Yong akan membesar menjadi anak yang solehah,mempunyai akhlak yang baik dan berjaya didunia&akhirat.
UMMI&ABAH bangga dgn Kak Yong sebab rajin,aktif dan bijak Alhamdulillah adik2 Kak Yong pun dah ikut sikap Kak Yong.
Untuk Kak Yong....Abg.Ngah,Adik Yusra & Adik Nabila pun nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY TO KAK YONG...
KAMI SEMUA SAAAYANG KAK YONG.

Tuesday, July 21, 2009

meriah sangat..

Bertolak dari kelantan 6ptg.konvoi ngan azhari kawan suami..dia balik jumpa isteri dah seminggu tak jumpa maklumlah sorang di utara sorang d selatan...dialah sahabat setia "konvoi " kami kalau kami balik kedah time petang.kalau kami balik sendiri memang kami tak balik sebab tak "beh" sngat kalu malam sampai kat tengah2 bukit grik tu..kami sampai d Mahang 1pg..terus tido..

BERKELAH DI DUSUN "CAROK KEDAH"

Semua family berkumpul termasuk P.Lang Ya n M.Lang Yam sefamily kecuali my biras USTZ MOHD ROSDI ja yang tak ada...sebab kursus d UUM.Program ni diatur oleh my mentua AYAHANDA HJ ISMAIL N BONDA HJH AISYAH.Dusun ni dusun arwah tok my hubby...Acara dimulakan dgn bacaan doa dan tahlil...dan makan pahtu mandi sungai..

Meriah sangat..PULUT DURIAN ADA,PULUT ARON ADA(pulut yang dah d gaul ngn santan)PULUT KUNING PUN ADA,AYAM BAKAR(yang Ust.Shahmir bakar yang paling sedapnya sbb perencah lebih....)AIR ASAM,PETAI BAKAR,SAMBAL TEMPOYAK....UHH..SEDAP SUNGGUH...memang seronok sngat dapt berkumpul mcmni d musim buah gini.DURIAN,"MOKTAN",LANGSAT,DOKONG...mcm2 ada..

ALHAMDULILLAH RIBUAN KESYUKURAN DGN REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN.

Mandi sungai dgn melayan karenah anak2 n sepupu2nya yang bermacam2 ragam..teringat zaman mandi sungai masa kecik2 dulu.mandi ramai2 ngn sepupu2 ..biasanya kami mandi di atas n kerbau mandi d bawah. kerbau arwah pok coh yang selalu mandi disitu..lepas kerbau mandi mesti ada lintah besar.kami panggil "lintah kerbau".masa nak turun sungai kalu ikut selarong mesti selisih ngn kerbau nak balik..kalu tak mau selisih turun kot tebing sungai..sapa2 yang sakit perut pandai2 cari tandas sendiri la... kenangan...kenangan...

Monday, July 6, 2009

AKTIVITI / PROGRAM MY HUBBY - JULAI 2009

04 .07 .09 -PENCERAMAH
kpd Peserta2 Kursus Latihan Dlm Perkhidmatan (Sek.Bechah Kelubi,P.Mas Kelantan)
TAJUK : ETIKA KERJA ISLAM DAN PENGURUSAN STREES DLM MENIGKATKAN INTEGRITI DIRI"

(Dewan Sri Wawasan Sek.Keb.Bechah Kelubi)


05 .07 .09 -
KULIAH SUBUH
TAJUK : Aurat dan ancaman neraka"

(Surau As-Syabab,KKTM P.Mas)

07 .07 .09 - Temujanji - Fisiotrapi (lutut) - Hospital Lati,Pasir Mas.



08 .07 .09 - MEETING KOPERASI

Perjumpaan pelajar2 asrama.


18 .07 .09 - Balik Kampung.....

19 .07 .09 -KULIAH MAGHRIB -Surau Garok, Selama Perak


20.07 - 10.08 - KURSUS INDUKSI - di Jawi ,

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN ABANG...


Thursday, July 2, 2009

KISAH SI HERO KAMI...

Pagi nie "hero kami" AHMAD BASHIER IZZAT 4tahun buat perangai nak g sek (PASTI AT-TAQWA ,REPEK).
Dia nak mandi , dengan menjerit2 nak mandi air suam.saya sediakan air suam dan terus siapkan sarapan....saya pun tak pedulikan dia sebab biasanya lepas sediakan air dia akan mandi sendiri.
Dah hampir 20minit tak keluar bilik air lagi..suara menjerit dia boleh dengar sampai tingkat 3 asrama.sebab kami duduk quarters sekali ngan asrama.....rupa2nya bila abah g jenguk dia dlm bilik air dia xmandi lagi ...abah pun tolong mandikan...dia punya menjerit....terus dia kuar bilik air...

Tau apa yang dia buat DIA KUNCI ABAH DLM BILIK AIR...Hai....hebat sungguh HERO sorang ni..

Wednesday, July 1, 2009

NABILA BERUMUR 2 HARI

Pic ni waktu tunggu nak kuar wad Hospital Raja Perempuan Zainab II,Kota Bharu Klate (HRPZII) selepas baby ke-4 kami dilahirkan.Nabila Izza bt. Shahmir waktu nie berumur 2hari.Dilahirkan pd 26.Mac.2009.Seberat 2.9kg.Tepat jam 2.15ptg.Anak Klate ke-2.Kakaknya Yusra Izza dilahirkan di Hospital Lati,Pasir Mas pada 3.April.2007.
Semoga dgn kehadiran MUJAHIDAH yang ke-4 ini akan memberi sumbangan untuk ISLAM pada masa mendatang dan semua PERMATA HATI UMMI&ABAH menjadi anak yang SOLEH/SOLEHAH

Wednesday, June 17, 2009

TAHNIAH K.YONG.....


Balik dr Pasti arini K.Yong (BUSHRA IZZA) puteri sulung kami bawa balik report card.Keputusan periksa penggal pertama...K.Yong dapat no.1.Alhamdulillah n tahniah anak umi n abah..A.Ngah pun nampak lebih bersemangat bila tengok K.Yong dapat ucapan tahniah dr ummi n abah.A.Ngah satu sekolah ngan K.Yong tp A.Ngah tak periksa lagi sebab baru 4tahun.K.Yong telefon tokwan bgtau dpt no.1.Tokwan & tok janji nak kasi hadiah...kebetulan esok nak balik rumah tokwan xsabar K.Yong nak dapat hadiah dari tokwan n tok..

Friday, January 16, 2009

kak yong & abg ngah menulis....

Now kak yong, abg ngah, adik, ummi, abah, pak lang & mak lang kat umah mak ndak jah & pak ndak firdaus di Terengganu. Baru sampai ptg kelmarin, sajer ziarah2 & memantau suasana pilihanraya...

ni kak yong yang taip sambil mengira2...

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10....

ni plak abg ngah yang taip sambil membaca dibantu oleh kak yong, tp tak siap pun sampai Z..nnti balik umah abg ngah nak tulis lagi ye ummi...yaaahhhoooo!!!
A B C D E F G H I J..........