ULANGTAHUN PERKAHWINAN....

Tuesday, August 25, 2009

HIKMAT 7 AYAT

Menurut tafsir Nasafi, barang siapa hafal dan mengamalkan tujuh kalimat , ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.

1- Mengucap Bismillahirrahmanirrahim pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu

2- Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3- Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4- Mengucap Insya Allah jika merencanakan membuat sesuatu di hari esok

5- Mengucap La haula wala kuwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini

6- Mengucap inna lillahi wa inna ilahi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah

7- Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Mudah-mudahan ingat dan amalkan. Walaupun sikit-sikit lama-kelamaan menjadi kebiasaan. Semoga menjadi amalan seharian.

Monday, August 24, 2009

ANAK ANUGERAH BERHARGA.....

Tahniah kepada sahabat2 dan sedara mara yang telah melahirkan dan bakal melahirkan 'BABY' 2009.
Anak-anak kalian sebaya anak kami NABILA IZZA BT.SHAHMIR (26.MAC.2009)

  1. Umilah(Tupai,Sik)/Ust.Yusuf ~ AFNAN-anak ke-2 (16.2.2009)
  2. Ct.Hajar Ghazali(maaf xingat nama abe muha)~AFIF HAZIQ-anak ke2 (14.4.2009)
  3. Nurul Hilyati ~ kalau xsalah anaknya lahir bln5
  4. Anisah/Masyudee ~ FAHIM MUHAIMIN- anak ke4
  5. Amir Saifuddin/Fiza ~ anak pertama
  6. Hamdi/Jijah ~ NURUL IZZAH NAJIHAH -anak pertama
  7. Fikri/Fiza ~NURUL AIN FARHANA-anak pertama (1.4.2009)
  8. Hakim/K.Chik Hafsah ~ anak pertama
  9. Abidah Ayob-anak pertama
  10. Ashmal Wajdi/Ija ~ ABID anak ke2
  11. Mahadi/Gee(Fauziana) ~ FATIHAH MAWADDAH-anak ke2 (22.5.2009)
  12. Iswandi/Uji ~ ALIA INSYIRAH - (8.7.2009)
  13. Azhari/Mokhtarah ~ AINUL MARDHIAH -anak ke2 (26.7.2009)
COMING SOON.......(semoga selamat bersalin dgn selamat....)
  1. Abg.Ismar/Kak Ah ~ my ipar (anak ke-3)
  2. Kak Shal/Abg.Yaakob ~ my ipar (anak ke5)
  3. Fuzah/Hafiz - anak ke3 (deu 1.10.2009)
  4. Faizah/Hasan - anak ke3
  5. Kin/Din - anak ke3
  6. Jefri/K.Hasni -anak ke3
  7. Ghazali/Faridah-anak ke2
  8. Pn.Azlina
  9. K.Sha




Monday, August 17, 2009

JADI YANG TERBAIK

ASSALAMUALAIKUM
SAYANG...SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN
(17.OGOS.2009)
Masa terus berlalu..jam,hari,minggu,bulan dan tahun terus berlalu...ALHAMDULILLAH kini genap 7tahun usia perkahwinan kita.Semoga hari2 yg mendatang akan lebih membahagiakan kita.
Semoga ALLAH sentiasa memberkati keluarga kita dan PERMATA-PERMATA HATI kita akan membesar dalam suasana soleh/solehah.Insyaallah kita juga akan menjadi ABAH & UMMI YANG TERBAIK..


Saturday, August 15, 2009

TAHNIAH BUAT SUAMI....



SALAM PENUH KESYUKURAN....

Alhamdulillah harini tanggal 16.08.09 suami saya terpilih menerima ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG(APC),MARA 2008 yang diadakan di SUTERA INN,KOTA BHARU,KELANTAN.
Semoga tugas-tugas Abg bertambah baik dan kejayaan Abg menjadi INSPIRASI buat anak-anak dimasa akan datang.Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua dan semoga Abg akan terus buat yang terbaik dan jadi yang terbaik.....

"YA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI DAN JAUHKAN KAMI DARI FITNAH DUNIA.AMIN YA RABBAL A'LAMIN...."

Tuesday, August 11, 2009

PERMATA HATI KAMI ....

PUTERI SULUNG KAMI....

BUSHRA I'ZZA

Kegembiraan dan kasyukuran kami panjatkan pd Allah s.w.t telah menganugerahkan cahayamata pertama kami setelah setahun diijabkabulkan SHAHMIR & ROHANA tanggal 17.Ogos.2002
BUSHRA I'ZZA dilahirkan pd 9.Ogos.2003 di Hospital Kulim,Kedah.(Kg Abah)tepat jam 1.35ptg seberat 2.9kg.Comel dan montel.Putih serlah kata org Kedah.Sentiasa ditemani suami disisi di saat kelahirannnya...
Nama Bushra I'zza di berikan oleh Sahabat Baik suami,Allahyarham YB Ust.Roslan Shahrum.Waktu ni kami tak ada cdangan pun untuk namakan baby kami ni pastu Allahyarham cadangkan nama ni..sbb katanya pada suami "kan Ustaz suka sangat ngan pimpinan Allahyarham YB Ust.Fadhil Noor dan Dato' Seri Anuar Ibrahim.Nama anak kedua-dua pimpinan ni kan ada Izzah.MUNA IZZAH & NURUL IZZAH"Lagipun nikan anak sulung.Jd dr situlah dpt nama BUSHRA I'ZZA yang bermaksud Berita gembira yang dimuliakan.Bercita-cita nak jadi DOKTOR MUSLIMAH.Seorang yang sangat rajin dan bijak.
AHMAD BASHIER I'ZZAT

TANGGAL 02.FEBRUARI.2005 lahirlah cahayamata kami yang ke-2.Allhamdulillah cahayamata kami yang kedua ini seorang putera yang comel lagi hensem...Putera kami diberi nama AHMAD BASHIER I'ZZAT (Berita gembira yang dimuliakan)
Dilahirkan di
Hospital Kuala Nerang,Kedah (Kg.Ummi) tepat jam 4.44pg seberat 3kg.Suami saya tak sempat bersama saat kelahiran Bashier sbb waktu Bashier telah dapat melihat dunia suami saya masih dlm perjalanan dr Ipoh (tempat tinggal kami waktu tu)Kami balik kg lebih awal sbb baby dalam kandungan dah overdeu 11hari.
BASHIER bercita-cita nak jadi AL-HAFIZ & PE
NSYARAH macam Abah..dia seorang rajin dan.....kuat mengusik.

YUSRA I'ZZA

Dilahirkan d HOSP
ITAL LATI,PASIR MAS KELATE.Tanggal 03.APRIL.2007 tepat jam 9.25pagi seberat 2.6kg.
Diberi nama YUSRA I'ZZA yang bermaksud KESENANGAN ,KEMUDAHAN YANG DI MULIAKAN.Nama Yusra ni ada kaitan saat-saat kelahiran dia...
Tarikh jagkaan bersalin 19.April.2007 tapi lahirnya awal 16hari.Sebenarnya pagi 03.April tu cuma sakit perut biasa ja..lagipun kami baru sampai dr kg malam tu lbh kurang pukul 10mlm.ingatkan sebab makan banyak waktu di kg.Kononnya g Hospital nak chek-up ja.Tak terlintas langsung nak bersalin sebab tarikh jangkaan bersalin lambat lagi.Kami smpai d Hospital pukul 9pg doktor suruh terus masuk labour room.Tepat 9.25pg baby dah selamat dilahirkan..25minit ja.Suami yang dok tunggu kat luar wad pun terkejut doktor bgtau dah selamat bersalin dan family dikg pun terkejut sbb semalam di kg takdak apa-apa tanda dan rileks ja.
Alhamdulillah urusan disaat-saat bersalin pun mudah sangat sebab K.Nab (jiran kami waktu tu)salah sorang kakitangan Hospital jadi, K.Nab banyak membantu.Terima Kasih K.Nab & Abe Nik seFamily.Jasa kalian tak akan kami lupa.
Yusra Izza waktu en3 ni ditulis dah berumur 2tahun.Sangat petah bercakap dan mudah faham kalu d beri arahan.Tapi..garang sikit la...jangan cuba-cuba usik dia...
BABY KEEMPAT.

NABILA IZZA yang bermaksud kebijaksanaan yang dimuliakan.Anak kelahiran bumi Kelantan(Serambi Mekah) yang ke-2.Dilahirkan diHospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu tanggal 26.Mac.2009.seberat 2.9 tepat jam 2.15ptg.Saat kelahiran Nabila suami tak sempat bersama walaupun dah bersedia tunggu kat luar wad sebab waktu nak lahirkan Nabila berlaku pendarahan yang banyak dan doktor tengah prepare untuk operation.Alhamdulillah dengan izin Allah dlm masa 15minit saya dapat bersalin normal.Nabila baby yang comel dan montel.

SEMOGA PERMATA HATI UMMI DAN ABAH AKAN MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH DAN KELUARGA BAHAGIA KITA AKAN SENTIASA DBERKATI ALLAH...AMIN

HAPPY BIRTHDAY KAK YONG.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Tanggal 09.08.09 genap 6tahun PUTERI SULUNG UMMI & ABAH.
Semoga Kak Yong akan membesar menjadi anak yang solehah,mempunyai akhlak yang baik dan berjaya didunia&akhirat.
UMMI&ABAH bangga dgn Kak Yong sebab rajin,aktif dan bijak Alhamdulillah adik2 Kak Yong pun dah ikut sikap Kak Yong.
Untuk Kak Yong....Abg.Ngah,Adik Yusra & Adik Nabila pun nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY TO KAK YONG...
KAMI SEMUA SAAAYANG KAK YONG.